Pages

Tuesday 22 February 2011

Si Kecil

 Assalamualaikum wbt semua,


Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai Si Kecil iaitu anak-anak buah kesayangan saya...Sedari lahir hingga kini saya amat menyayangi mereka...Bermula dengan Hanis Syakirah.....

 Ini gambar saya bersama Hanis Syakirah. Saya gemar memanggilnya Hanis. Sedari kecil lagi dia memang manja dengan saya. Saya memang ajar dia panggil saya "MUMMY". Itu sebabnya ramai orang ingat dia anak saya. Hanis ialah anak buah pertama saya sebelah keluarga saya. Kemudian barulah keluar yang seterusnya Nisa Irdina dan Hannah Darwisyah...
 Si hanis ni kalau bergambar suka buat fesyen ntah apa-apa ntah...Konon2 comel la tu...Hanis ni lahir tak cukup bulan tapi kepala otak dia ni memang cerdik...Bila kita tanya dia buat2 tak tahu tapi sebenarnya dia tahu. Apa orang cakap cepat dia dpt tangkap. Yang best nya, setiap kereta yang saya pandu dia dpt cam. masa tu umo dia baru 1 tahun 3 bulan. Bunyi alarm sapa2 pun dia dpt tangkap. Memang pandai sangat la...Orang mengumpat pun dia tau...Sekarang saya, emak dan adik2 termasuk mak dia pun tak berani nak mengumpat depan dia. BAHAYA!!Hahaha..bagus gak kan?! Kurang dosa....

Ha...ini gambar dia dgn adik dia si Nisa Irdina....Komain dia sayang lagi si Nisa ni. erm..memandangkan saya bz hari ni jadi saya tak boleh nak kupas lanjut ttg adiknya. Gambar diatas ni diambil beberapa bulan lalu. Mereka dua beradik ni suka sangat pakai songkok. Abis songkok acu dia (adik lelaki bongsu saya) dia pakai. Pas tu sepah2 satu rumah...Ermm...

Ok jumpa lagi pd episod NISA IRDINA plak...Tata...
MY SEXY RIDE - SUKI THE PINK LADY
Inilah kereta kesayangan saya, gambar ini diambil ketika sedang diubahsuai...Erm, banyak lagi yang perlu diperbaiki..yang penting saya tak sabar nak drive my suki asap!
Gambar ni pulak diambil semasa Majlis Pelancaran International Extreme Autoshow yang diadakan di Bukit BIntang, Kuala Lumpur pada tahun 2008....Terima kasih kepada photographer En. Bob Tahar yang mengambil gambar ini...sungguh cantik sekali...Ketika ini Datuk Azalina Othman Said telah menaiki SUKI dan bergambar bersamanya. Terima kasih juga kepada Mr. Huck Seng dari Kelab Autoshow yang telah berusaha keras memperkenalkan kereta autoshow Malaysia ke peringkat antarabangsa......

Selepas ini, saya akan upload gambar-gambar semasa International Extreme Autoshow di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur ....ok tata

Yeehaa.....This Is My First Blog

Assalamualaikum semua.....
Hari ni saya telah berjaya mempunyai blog sendiri....Erm....saya harap kawan2 dapat membantu saya untuk improve blog saya....